Tatacara Tempahan Pozi Catering

Periksa Jarak Penghantaran

* tempat majlis mestilah tidak melebihi 60 KILOMETER daripada tempat operasi Pozi Catering (kawasan biru). Klik + pada map untuk periksa kawasan anda bagi liputan perkhidmatan dari Pozi Catering.

Kaedah Tempahan

Terma Dan Syarat

Pozi Holdings Sdn Bhd

Lot 28907 G (Sebelah Kedai Singer), Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Nota Penting dari Pengurusan PoziCatering
Kepada Pelanggan – Pelanggan PoziCatering yang dihormati, anda diminta untuk membaca dan memahami Terma & Syarat bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa berurusan. Terima Kasih.

1. PROSES PEMBAYARAN
► Bayaran deposit booking tarikh RM500 tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan.
► Bayaran pendahuluan sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan hendaklah dibuat dalam masa yang TELAH DITETAPKAN mengikut ‘Skim pembayaran’ yang telah dibuat.
► Bayaran baki 20% seterusnya hendaklah dibuat 3 HARI selepas tarikh majlis berlangsung.
Segala pembayaran deposit (tunai / cek) hendaklah dibuat dipejabat urusan PoziCatering atau masukkan ke akaun kami seperti berikut :-

MOHD POZI HASSAN
CIMB | 8601746849
MAYBANK | 562106223270
BANK ISLAM |13062010004381

► Sekiranya pembayaran dibuat melalui akaun kami samada CIMB / MAYBANK/ BANK ISLAM, slip bayaran hendaklah dikemukakan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.

2. PERTUKARAN TEMPAT
► Pertukaran tempat majlis mestilah tidak melebihi 60 KILOMETER daripada tempat operasi kami.
► Jika ianya melebihi jarak penghantaran kami iaitu 60 KILOMETER, caj tambahan akan dikenakan mengikut kadar yang telah DITETAPKAN.

3. PERTUKARAN TARIKH MAJLIS
► Permohonan pertukaran tarikh majlis hendaklah dibuat secara bertulis (email/sms).
► Pertukaran tarikh majlis adalah tertakluk kepada tarikh lapang pihak PoziCatering.

4. PENAMBAHAN / PENGURANGAN KUANTITI
► Untuk PENAMBAHAN, notis hendaklah diberikan dalam masa 14 HARI bekerja. Sekiranya pemberitahuan kurang daripada 14 hari, penambahan tersebut tertakluk kepada kapasiti semasa.
► Kami tidak menerima sebarang pesanan tambahan ketika majlis sedang berlangsung
► Untuk PENGURANGAN, notis hendaklah diberikan sekurang – kurangnya 21 HARI bekerja.

5. MAKANAN / MINUMAN DARI LUAR
► Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden atau kejadian yang berpunca daripada makanan yang bukan dibekalkan oleh pihak PoziCatering.
► Kami hanya bertanggungjawab terhadap makanan yang disediakan oleh kami sehingga pukul 5 petang pada hari majlis berlangsung
► Walaubagaimanapun, krew kami boleh diminta menyajikn makanan yng telah siap untuk disajikan bersama masakan kami.
► Sekiranya krew kami diminta untuk menyajikan makanan yang telah disiapkan daripada luar, caj tambahan untuk pelayan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

6. TEMPOH PERKHIDMATAN
► Tempoh perkhidmatan kami bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 5 petang SAHAJA

7. KEROSAKAN / KEHILANGAN & PEMULANGAN BARANG
► Pihak pelanggan akan dipertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kehilangan barang – barang seperti peralatan hidangan akibat kecuaian tetamu atau tuan rumah atau keduanya sekali selepas majlis selesai.
► Dan sekiranya terdapat barang katering yang masih ada di lokasi majlis selepas 3 hari majlis berlangsung, pelanggan BERTANGGUNGJAWAB untuk memulangkan semula kepada kami.

8. PEMASANGAN KANOPI
► Sekiranya peralatan tambahan diperlukan sehari sebelum majlis berlangsung (kanopi, meja, kerusi dll), caj tambahan akan dikenakan.
► Penempah haruslah menyediakan tempat persediaan makanan untuk katering. Pastikan tempat tersebut sesuai untuk menyediakan makanan.

9. MENGATUR TEMUJANJI
► Para pelanggan dinasihati untuk memaklumkan kepada kami sekiranya berhasrat untuk datang berbincang di pejabat kami.
► Pihak PoziCatering hanya akan membuat lawatan ke rumah / lokasi majlis untuk urusan penilaian tapak majlis (site visit). Lain – lain perbincangan boleh dibuat melalui email / telefon atau temujanji di pejabat urusan PoziCatering.

10. PENGGUNAAN GAMBAR, VIDEO DAN TESTIMONIAL
► Pihak PoziCatering berhak menggunakan gambar, video dan testimonial yang diambil semasa majlis berlangsung untuk tujuan promosi dan pemasaran, asalkan ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada pelanggan.

No. Akaun

CIMB Bank
1301 0001 4931 00
Mohd Pozi Bin Hassan

Maybank
5621 0622 3270
Mohd Pozi Bin Hassan

Bank Islam
1306 2010 0043 81
Mohd Pozi Bin Hassan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kosultan kami

Noor Syazwani bt Norpiah

Pengurus Besar

0179646563


Mohd Hafizul bin Abd Hamid

Eksekutif Kanan Jualan

0199346847


Mohd Fuad bin Yasin

Eksekutif Pemasaran dan Jualan

0179797670


Che Norafzan bt Che Muda

Eksekutif Jualan

0139562327