POZI HOLDINGS SDN BHD

No.Pendaftaran Perniagaan   : 1133258W
Bentuk Perniagaan : Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)
Jenis Perniagaan : Bahan minuman, makanan mentah, basah, kering, dalam tin,  botol, kotak, bungkus, bermasak Islam, khidmat katering, kiosk makanan dan minuman, restoran.

No. Sijil KKM : Pozi Holdings Sdn. Bhd (K22163306261473045)
Pozi Food Services (K22099176431342393)
Kod Bidang KKM : Pozi Holdings Sdn. Bhd (20601)
Pozi Food Services (080100, 080200, 080300, 080400, 080501)

NOTA: Jika urusan melibatkan sijil kewangan sehingga Januari 2016, syarikat menggunakan sijil kewangan Pozi Food Services kerana PHSB sedang dalam proses mendapatkan kod bidang.

Pozi Holdings Sdn Bhd (PHSB) ditubuhkan pada Mac 2015 dan dahulunya dikenali sebagai Pozi Food Services.Sejak 2011 PHSB merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan makanan bermasak Islam, katering, dan konsultansi perkahwinan.

Terkini, aktiviti perniagaan utama syarikat adalah perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, korporat dan persendirian.

PMG_3643-300x300emilik syarikat Pozi Holdings Sdn Bhd, Mohd Pozi bin Hassan dilahirkan pada tahun 1984 dan membesar di negeri Terengganu. Pemegang diploma jurusan Teknologi Tekstil, UiTM Shah Alam ini telah melihat perniagaan adalah satu matlamat kerjaya apabila tamat pengajian.

Bermula dengan mengikuti kursus yang dijalankan oleh pihak UiTM iaitu Projek Tunas Mekar pada tahun 2005, beliau mengorak langkah menjalankan perniagaan Kiosk Jagung Manis dan Kebab di kampus induk UiTM Shah Alam.Setahun kemudian, beliau dengan bantuan rakan kongsi membuka Restoran Nasi Ayam Periuk Besar di Seksyen 26, Shah Alam, Selangor di samping menjalankan perkhidmatan katering sekitar Lembah Klang.Kecemerlangan beliau dalam perniagaan telah melayakkan beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Muda Tunas Mekar 2008 (Lelaki) yang disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada tahun 2010, beliau menembusi pasaran Terengganu dan menubuhkan syarikat Pozi Food Services dan sekarang dikenali sebagai Pozi Holdings Sdn Bhd. PHSB mendapat tender kafeteria di Universiti Darul Iman, Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.Perniagaan yang dijalankan adalah menjual waffle, burger, jagung manis, oblong, kebab dan keropok lekor.

PHSB melebarkan sayap menjalankan perkhidmatan katering selepas membeli peralatan katering daripada seorang rakan niaga pada pertengahan tahun 2010.Sebuah rumah teres di Kg. Gong Badak, Terengganu disewa dan dijadikan sebagai ‘workstation’.

Kini setelah 3 tahun berlalu (2014), PHSB telah berjaya dan menjadi sebutan ramai.Dengan menggunakan jenama POZICATERING, PHSB juga menawarkan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, majlis korporat,akikah, dan majlis persendirian.POZICATERING didukung oleh 15 orang pekerja tetap dalam pelbagai bidang seperti pengurusan pentadbiran, kewangan, pemasaran dan jualan, pengurusan operasi, logistik, pengangkutan serta pengurusan dapur utama.POZICATERING turut memiliki perkerja tambahan atau separuh masa seramai 70 orang sebagai pramusaji yang terlatih.

Kini PHSB adalah sebuah syarikat professional dalam pengurusan penyediaan dan perkhidmatan makanan.Komitmen yang diberikan olehPHSB pada pelanggan telah membuka mata orang ramai tentang katering dan memilih pozicatering sebagai katerer majlis mereka.

MISI

  • Mencapai target jualan tahunan sebanyak RM 4.5 Juta (2016), 5 Juta (2017).
  • Mendapat sijil pengiktirafan BeSS (Bersih,Selamat dan Sihat) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mac 2016.
  • Menyediakan kemudahan dewan kepada para pelanggan.

8709589
Menjadi sebuah Syarikat penyediaan dan perkhidmatan yang terunggul di Terengganu.

Visi

Waktu Urusniaga

  • 8 : 30 AM -5:30 PM
  • Cuti
  • 8:30 AM – 1: 30 PM

Hubungi Kami